11 AKTIVITI MENARIK BERSAMA ANAK-ANAK KETIKA PKP

Musim PKP ini ramai ibu bapa mengeluh kerana sudah kehabisan idea untuk lakukan aktiviti bersama anak-anak di rumah.

Anak-anak pula dah mula bertanyakan bilakah mereka boleh keluar rumah setelah sekian lama duduk di dalam rumah sahaja sepanjang PKP ini.

Ibu pula juga mula rasa letih kerana tidak berhenti memasak, buat kerja rumah dan melayan ragam anak-anak yang pelbagai itu. Ye lah, dah tak boleh keluar rumah, banyaklah

Kami kongsikan 11 idea menarik untuk beraktiviti bersama-sama anak-anak di rumah. Mana tahu ianya dapat membantu menceriakan suasana rumah anda. Anak-anak pasti sangat suka!

  1. Mandi kolam

Dah lama kan tak pergi main air sama ada di sungai, laut mahupun kolam renang?. Mandi kolam mudah alih di rumah pasti amat menyeronokkan. Anak-anak pun dapat melepaskan tenaga yang terkumpul lama kerana kurang aktiviti lasak di dalam rumah.

Nak lebih menarik lagi, ibu atau ayah boleh ikut serta mandi bersama. Aktiviti mandi kolam ini juga dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Ketika inilah kita dapat mengenali karakter ansak-anak lebih lagi. Dan boleh juga selitkan nasihat atau cerita kisah sahabat dengan anak-anak.

  1. Berkhemah

Ini lagi menarik!. Duduk di rumah tidak bermakna anda tidak boleh berkhemah. Jika anda ada ruang yang lapang di kawasan rumah, buatlah aktiviti berkhemah ini bersama anak-anak. Pasti mereka akan sangat teruja!. Jika anda tiada Kawasan, di dalam rumah juga boleh berkhemah, hanya perlukan selimut besar dan tali. Serahkan pada anak-anak untuk mereka bina khemah mereka itu.

Kisah Ashabul Kahfi yang duduk di dalam gua juga boleh ceritakan ketika berkhemah. Pengajaran daripada kisah ini pasti akan terpahat di dalam jiwa anak-anak.  Kemudian, biarkan anak-anak tidur di dalam khemah itu untuk dapatkan suasana seperti di dalam khemah yang betul, pasangkan suara merdu kicauan burung atau bunyi indah di dalam hutan. Kini sangat mudah di dapati di Youtube.

  1. Memasak

Eh, tak bahaya ke?. Jangan risau ya ibu ayah, dengan tunjuk ajar yang betul, anak-anak pasti boleh lakukan aktiviti ini dengan sangat baik.

Bincang dengan anak-anak menu apa yang ingin di masak. Kemudian bahagikan tugas memasak bersama mereka. Contohnya, si abang yang dah besar memotong bahan, si kakak mengacau dan si adik menghias. Pilih menu yang mudah dan disukai anak-anak.

Apabila siap menu yang mereka sendiri masak, pastinya mereka akan sangat teruja dan bersemangat untuk habiskan masakan tersebut. Seronoknya!

Lepas dah masak, ibu-ibu tak perlu risau, ajak juga anak-anak untuk mengemas dapur bersama. InsyaAllah, pasti selepas ini mereka sangat menghargai usaha ibu-ibu yang berpenat lelah di dapur menyediakan makanan untuk keluarga.

  1. Menonton Filem

Dah lama tak pergi wayang sejak PKP? Jangan risau, wujud suasana seperti di dalam panggung wayang di dalam rumah. Malah lebih selesa lagi tau. Kerana anda boleh berpakaian dengan pakaian yang selesa, sambal memeluk bantal dan selemut sendiri dan baring di sofa bersama anak-anak.

Nak lebih menarik, tutup lampu dan sediakan popcorn buatan anak-anak sebelum filem pilihan ditayangkan.

Kini nak tengok filem terbaru dah menjadi sangat mudah kerana adanya aplikasi yang menyediakan filem atau drama-drama terbaru secara atas talian sahaja. Hanya perlukan internet sahaja. Mudah kan?

  1. Kemas dan susun atur semula rumah

Ya, inilah masanya untuk anda menyusun atur rumah anda untuk mengubah citarasa atau menambah seri rumah bersama ahli keluarga. Jika sebelum ini tak sempat nak lakukannya, PKP yang panjang ini adalah masa terbaik untuk anda lakukannya.

Ajak anak-anak mengemas bilik mereka, Menyusun atur semula ruang bilik mereka mengikut citarasa mereka. Barangan yang sudah lama tidak digunakan tetapi masih baik kondisinya boleh diberikan kepada yang lebih memerlukan. Biarkan anak-anak memilih susun atur yang mereka mahukan dan bantu mereka untuk kerja-kerja berat seperti mengangkat katil.

Percayalah, selepas ini ibu dah tak perlu risau untuk mengemas bilik anak-anak selalu lagi kerana mereka pasti akan menjaganya dengan sangat baik. Ini kerana ianya hasil titik peluh mereka mengemas dan Menyusun atur semula bilik mereka.

  1. Solat dan Mengaji

Kebetulan masjid juga semua tutup ketika PKP ini, ayah-ayah bolehlah mainkan peranan dengan mengimarahkan rumah dengan solat berjemaah dan mengaji Al -Quran bersama-sama anak-anak dan isteri.

Hikmah PKP ini, anda sudah ada masa untuk mendidik anak jadi lebih kenal Allah melalui Al-Quran. Selain itu, kita juga pasti akan dapat betulkan bacaan kita serta mengambil peluang untuk Tadabbur Al -Quran agar kita dapat lebih memahami AL Quran.

Bayangkan jika setiap kali waktu solat anda berjemaah di rumah bersama ahli keluarga, pastinya Rahmat Allah akan berikan hikmah dan Rahmahnya pada seisi rumah itu.

  1. Lawatan Maya

Eh, bukankah ketika PKP tak boleh buat lawatan?

Haa, sekarang ini banyak tempat melawat seperti Zoo, Taman Rama-Rama, Taman Reptilia dan banyak lagi yang menyediakan perkhidmatan lawatan secara atas talian. Seronok kan? Anak-anak pasti teruja dapat melihat haiwan-haiwan di hadapan mata. Ianya pasti menajdi pengalaman yang sangat menarik.

  1. Eksperimen Sains

Kanak-kanak sangat suka mencuba sesuatu yang baru. Sekarang ini ada banyak buku-buku serta video di atas talian yang dapat dilihat untuk aktiviti eksperimen sainsyang ringkas dan menarik khas untuk kanak-kanak.

Kita yang dewasa juga pasti turut sama dapat belajar sesuatu yang baru daripada aktiviti ini. Hanya sediakan bahan, dan boleh lakukannya bersama anak-anak. Mereka pasti teruja untuk melihat hasil ekperimen itu nanti.

  1. Membacakan buku

Tahukah anda, dengan hanya meluangkan masa membacakan buku cerita kepada anak-anak akan merapatkan hubungan antara anak dan ibu bapa. Aktiviti ini sangat seseuai dilakukan sebelum tidur. Inilah peluang untuk kita selitkan nasihat dan pesanan buat anak-anak.

Di samping mendengar, boleh juga minta anak-anak yang telah pandai membaca untuk bacakan buku tersebut kepada ahli keluarga yang lain.

Antara buku cerita yang sesuai adalah Kisah Para Nabi, Kisah-kisah Haiwan dalam Al Quran, Kisah Para Sahabat dan banyak lagi.

  1.  Bercucuk Tanam

Alam adalah sangat dekat dengan jiwa kanak-kanak. Kerana ianya adalah sangat dekat dengan fitrah diri manusia. Ajaklah anak-anak melihat bagaimana pertumbuhan pokok terjadi daripada biji benih sehingga ianya mengeluarkan hasil. Lihatlah kebesaran Allah melalui kejadian pertumbuhan tumbuhan.

Jika anda tiada ruang di rumah, ajak anak-anak tanam pokok tauge, dan lihat pertumbuhan pokok tauge setiap hari. Ini pasti akan menrik minat mereka. Catatkan ukuran panjang pokok tersebut. Dan apabila telah cukup masanya, bolehlah masak bersama anak-anak hasil tanaman tersebut.

  1. Membela atau menjaga haiwan ternakan

Wow, ini pasti menarik. Aktiviti ini akan buatkan anak-anak semakin mengasihi haiwan. Sediakan tugas memberi makan, membersihkan najis haiwan dan bermain dengan haiwan sebagai rutin harian buat anak-anak. Ianya adalah pengalaman yang akan buatkan anak-anak ingat sampai bila-bila. Jom cuba semua aktiviti ini. Kita bantu anak-anak hilangkan rasa bosannya di rumah dengan aktiviti-aktiviti yang menarik ini. Kurangkan mereka dengan penggunaan handphone terlalu lama.

Selamat mencuba!

Jika anda nak dapatkan koleksi pakaian ibu dan anak, sila layari www.littlefanna.com.

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping